Menurut ahli takwil mimpi, mimpi bermain catur, dadu atau kelerang dan sebagainya adalah tidak baik takwilnya dan menyebabkan perbantahan / perbalahan. Ibnu Sirin menakwilkan mimpi ini berdasarkan Firman Allah SWT di dalam (surah al-A'raf ayat 98) :
Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab
Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
Bermimpi bermain catur. Takwilnya dia mempunyai musuh dan hutang atau juga berusaha untuk membuat permusuhan.
Bermimpi bermain dadu. Takwilnya punyai hutang, melakukan maksiat, atau perniagaanya melanggar hukum syarak. Juga ditafsirkan sebagai peperangan atau perbalahan dan kemenangan berpihak kepada yang tidak mengikuti permainan itu.
Bermimpi bermain kelerang. Takwilnya berada di dalam kebatilan.
Bermimpi bermain judi. Takwilnya banyak melakukan kejahatan dan sering membantah-bantah.
* Segala takwil datangnya dari manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.