About

Website counter

Selasa, 27 Disember 2011

Mimpi Permainan


Menurut ahli takwil mimpi, mimpi bermain catur, dadu atau kelerang dan sebagainya adalah tidak baik takwilnya dan menyebabkan perbantahan / perbalahan. Ibnu Sirin menakwilkan mimpi ini berdasarkan Firman Allah SWT di dalam (surah al-A'raf ayat 98) :

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab
Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

  • Bermimpi bermain catur. Takwilnya dia mempunyai musuh dan hutang atau juga berusaha untuk membuat permusuhan.
  • Bermimpi bermain dadu. Takwilnya punyai hutang, melakukan maksiat, atau perniagaanya melanggar hukum syarak. Juga ditafsirkan sebagai peperangan atau perbalahan dan kemenangan berpihak kepada yang tidak mengikuti permainan itu.
  • Bermimpi bermain kelerang. Takwilnya berada di dalam kebatilan.
  • Bermimpi bermain judi. Takwilnya banyak melakukan kejahatan dan sering membantah-bantah.

* Segala takwil datangnya dari manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan