About

Website counter

Selasa, 27 Disember 2011

Mimpi Tentang Kopiah


Menurut Ibnu Sirin kopiah diertikan sebagai musafir ke tempat yang jauh atau mengahwini perempuan. Kopiah juga dikaitkan dengan kepimpinan seseorang ketua.

  • Bermimpi menanggalkan kopiah.Takwilnya bererti berpisah dengan ketuanya.
  • Bermimpi meletakkan kopiah di atas kepala.Takwilnya memperolehi kedudukan atau mendapat kebaikkan dari ketuanya.
  • Bermimpi kopiahnya koyak atau kotor.Takwilnya ketuanya akan ditimpa kesusahan.
  • Bermimpi melihat kopiahnya ditanggalkan oleh pemuda atau raja yang tidak dikenalinya.Takwilnya ketuanya akan meninggal dunia atau dia akan berpisah dengan ketuanya.
  • Bermimpi raja membahagikan kopiah kepada rakyatnya.Takwilnya raja itu sedang mencari seorang untuk menjadi pemimpin
  • Bermimpi memakai kopiah secara terbalik.Takwilnya ketuanya akan mengubah dari kebiasaanya.
  • Bermimpi kopiah yang dipakai ketuanya cacat atau kekurangan.Takwilnya ketuanya menjalankan sariat Islam dengan kurang sempurna.
  • Bermimpi ada kotoran atau najis pada kopiahnya.Takwilnya dia telah melakukan dosa.
  • Jika perempuan (bujang atau janda) bermimpi memakai kopiah.Takwilnya dia akan berkahwin.
  • Jika perempuan (hamil) memakai kopiah.Takwilnya dia akan melahirkan anak lelaki.

* Segala takwil ini hanyalah datangnya dari manusia biasa. Hanya Allah SWT Yang Maha Menentukan segalanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan