About

Website counter

Selasa, 27 Disember 2011

Mimpi Suara Binatang


  • Bermimpi mendengar suara kuda. Takwilnya akan mendapat pemberian dari seorang lelaki yang mulia.
  • Bermimpi kuda bercakap. Takwilnya apa yang dituturkan oleh kuda itulah penafsirannya.
  • Bermimpi mendengar suara keldai. Takwilnya sesuatu yang memalukan dari pihak musuh yang bodoh.
  • Bermimpi mendengar suara lembu jantan. Takwilnya fitnah akan timbul.
  • Bermimpi mendengar suara kambing. Takwilnya akan menerima pemberian dari seorang lelaki yang mulia.
  • Bermimpi mendengar suara unta. Takwilnya akan bermusafir, atau menunaikan haji, atau perniagaan yang menguntungkan.
  • Bermimpi mendengar suara kambing biri-biri. Takwilnya mendapat kegembiraan dan kebahagian.
  • Bermimpi mendengar suara singa. Takwilnya takut kepada pemerintah atau raja yang zalim.
  • Bermimpi mendegar suara anjing. Takwilnya adalah penyesalan dan kezaliman.
  • Bermimpi mendengar suara tikus. Takwilnya mendapat keburukan dari pencuri.
  • Bermimpi mendengar suara burung merpati. Takwilnya merapati perempuan yang solehah.
  • Bermimpi mendengar percakapan burung. Takwilnya satu petanda orang yang bermimpi bertahbah mulia.
* Takwil ini datangnya dari manusia. Allah SWT lah Yang Menentukan segalanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan