About

Website counter

Selamat datang ke blog saya

Laman ini percubaan sahaja sekian terima kasih.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 27 Disember 2011

Mimpi Suara Binatang


  • Bermimpi mendengar suara kuda. Takwilnya akan mendapat pemberian dari seorang lelaki yang mulia.
  • Bermimpi kuda bercakap. Takwilnya apa yang dituturkan oleh kuda itulah penafsirannya.
  • Bermimpi mendengar suara keldai. Takwilnya sesuatu yang memalukan dari pihak musuh yang bodoh.
  • Bermimpi mendengar suara lembu jantan. Takwilnya fitnah akan timbul.
  • Bermimpi mendengar suara kambing. Takwilnya akan menerima pemberian dari seorang lelaki yang mulia.
  • Bermimpi mendengar suara unta. Takwilnya akan bermusafir, atau menunaikan haji, atau perniagaan yang menguntungkan.
  • Bermimpi mendengar suara kambing biri-biri. Takwilnya mendapat kegembiraan dan kebahagian.
  • Bermimpi mendengar suara singa. Takwilnya takut kepada pemerintah atau raja yang zalim.
  • Bermimpi mendegar suara anjing. Takwilnya adalah penyesalan dan kezaliman.
  • Bermimpi mendengar suara tikus. Takwilnya mendapat keburukan dari pencuri.
  • Bermimpi mendengar suara burung merpati. Takwilnya merapati perempuan yang solehah.
  • Bermimpi mendengar percakapan burung. Takwilnya satu petanda orang yang bermimpi bertahbah mulia.
* Takwil ini datangnya dari manusia. Allah SWT lah Yang Menentukan segalanya.

Mimpi Berkaitan Jari

Menurut Ibnu Sirin penyakit-penyakit yang terdapat pada jari adalah berkaitan dengan  anak atau harta. Jika dia tidak mempunyai anak tandanya dia seorang yang menyia-nyiakan solat.

  • Bermimpi jari kelingkingnya terpotong. Takwilnya anaknya akan menderhakainya.
  • Bermimpi jari manisnya terpotong. Takwilnya dia akan mendapatkan anak.
  • Bermimpi melihat jari tengah terpotong. Takwilnya ada orang alim atau qadi di tempatnya akan meninggal.
  • Bermimpi memotong jari orang lain. Takwilnya akan terjadi sesuatu musibah terhadap hartanya.
  • Bermimpi kehilangan jari-jarinya. Takwilnya hilangnya ketelitian di dalam bekerja.
  • Bermimpi mengunyah jari-jari. Takwilnya akan kehilangan harta.
  • Bermimpi mengunyah jari. Takwilnya kehilangan harta.
  • Bermimpi mengenggam jarinya. Takwilnya dia akan meninggalkan perkara yang haram.
*Takwil mimpi hanyalah dari manusia, sebaliknya Allah SWT lah Yang Maha Berkuasa.

Mimpi Berkaitan Kaki


  • Bermimpi kakinya sakit. Takwilnya dia punyai banyak harta kekayaannya.
  • Bermimpi kedua-dua kakinya terpotong. Takwilnya hartanya akan habis.
  • Bermimpi sebelah kaki terpotong. Takwilnya separuh hartanya akan habis.
  • Bermimpi ada orang memotong ibu jari kakinya. Takwilnya ada orang akan mengurangi hartanya.
  • Bermimpi berjalan merangkak. Takwilnya dia akan ditimpa penyakit yang menyebabkan dia tidak sanggup bekerja.
  • Bermimpi seolah-olah tidak sanggup berdiri. Takwilnya kekuatannya dalam amsalah keduniaan dan agama sudah lemah.
*Takwil mimpi ini hanyalah dari manusia. Allah SWT lah penentu segalanya.


Mimpi Bermain Gitar


  • Bermimpi bermain gitar dan mendengarnya. Takwilnya bermakna berkaitan dengan perkataan yang dusta.
  • Bermimpi bermain gitar dirumahnya. Takwilnya dia mendapat musibah.
  • Bermimpi bermain gitar dan talinya terputus. Takwilnya terlepas dari kesusahan.
*Takwil ini datangnya dari manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

Mimpi Sedang Menari


Menurut Ibnu Sirin tarian dikaitkan dengan kesusahan atau musibah.

  • Orang yang sedang sakit bermimpi menari. Takwilnya penyakitnya akan berlarutan.
  • Orang miskin mimpi menari. Takwilnya dia akan mendapat kekayaan tetapi tidak kekal lama.
  • Wanita yang bermimpi sedang menari. Takwilnya dia akan mendapat malu.
  • Bermimpi menari sedang berjalan di laut. Takwilnya akan menerima keburukan atau musibah.
  • Bermimpi menari sedang menghiburkan seseorang. Takwilnya orang yang bermimpi dan yang diburkan akan ditimpa musibah.
  • Bermimpi menari di dalam rumahnya menghiburkan ahli keluarganya. Takwilnya semua mereka akan mendapat kebaikkan.
* Takwil mimpi ini datangnya dari manusia. Allah jua lah Yang Maha Menentukan segalanya.

Mimpi Permainan


Menurut ahli takwil mimpi, mimpi bermain catur, dadu atau kelerang dan sebagainya adalah tidak baik takwilnya dan menyebabkan perbantahan / perbalahan. Ibnu Sirin menakwilkan mimpi ini berdasarkan Firman Allah SWT di dalam (surah al-A'raf ayat 98) :

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab
Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

  • Bermimpi bermain catur. Takwilnya dia mempunyai musuh dan hutang atau juga berusaha untuk membuat permusuhan.
  • Bermimpi bermain dadu. Takwilnya punyai hutang, melakukan maksiat, atau perniagaanya melanggar hukum syarak. Juga ditafsirkan sebagai peperangan atau perbalahan dan kemenangan berpihak kepada yang tidak mengikuti permainan itu.
  • Bermimpi bermain kelerang. Takwilnya berada di dalam kebatilan.
  • Bermimpi bermain judi. Takwilnya banyak melakukan kejahatan dan sering membantah-bantah.

* Segala takwil datangnya dari manusia. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

Mimpi Tentang Selimut

Menurut Ibnu Sirin selimut diertikan sebagai wanita yang cantik, baik dan melambangkan juga harga diri dan agama.

  • Lelaki yang bermimpi memakai selimut. Takwilnya akan mendapat isteri yang cantik atau baik.
  • Bermimpi memakai selimut baru bewarna putih dan tebal. Takwilnya dia mempunyai harga diri yang tinggi, kenaikkan pangkat, kebaikkan beragama dan amanah.
  • Bermimpi selimut yang halus. Takwilnya kelembutan dalam beragama.

* Takwil ini datangnya dari manusia. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui segalanya.

Mimpi Tentang Tudung

Menurut Ibnu Sirin tudung wanita diertikan sebagai suaminya, pengawasnya atau atasannya.

  • Wanita yang bermimpi tudungnya panjang atau labuh. Takwilnya hati suaminya lapang.
  • Wanita yang bermimpi tudungnya lebar. Takwilnya harta suaminya banyak.
  • Wanita yang bermimpi tudungnya putih. Takwilnya suaminya baik agamnya.
  • Wanita yang bermimpi membuka tudung di khalayak ramai. Takwilnya dia adalah perempuan yang tidak tahu malu.
  • Wanita (yang bersuami) bermimpi tudungnya rosak atau ada kekurangan pada tudungnya. Takwilnya ialah suaminya akan mendapat musibah atau sesuatu yang tidak diinginya.
  • Wanita (yang bujang) bermimpi tudungnya rosak atau ada kekurangan pada tudungnya. Takwilnya dia sendiri akan mengalami musibah atau sesuatu yang tidak diingininya.
  • Wanita bermimpi melihat tudungnya hitam dan usang. Takwilnya suaminya akan menjadi miskin.
  • Wanita yang bermimpi tudungnya kotor atau berdebu. Takwilnya musuh-musuhnya akan memburuk-burukkannya.
* Takwil ini datangnya dari manusia. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui segalanya.

Mimpi Tentang Kopiah


Menurut Ibnu Sirin kopiah diertikan sebagai musafir ke tempat yang jauh atau mengahwini perempuan. Kopiah juga dikaitkan dengan kepimpinan seseorang ketua.

  • Bermimpi menanggalkan kopiah.Takwilnya bererti berpisah dengan ketuanya.
  • Bermimpi meletakkan kopiah di atas kepala.Takwilnya memperolehi kedudukan atau mendapat kebaikkan dari ketuanya.
  • Bermimpi kopiahnya koyak atau kotor.Takwilnya ketuanya akan ditimpa kesusahan.
  • Bermimpi melihat kopiahnya ditanggalkan oleh pemuda atau raja yang tidak dikenalinya.Takwilnya ketuanya akan meninggal dunia atau dia akan berpisah dengan ketuanya.
  • Bermimpi raja membahagikan kopiah kepada rakyatnya.Takwilnya raja itu sedang mencari seorang untuk menjadi pemimpin
  • Bermimpi memakai kopiah secara terbalik.Takwilnya ketuanya akan mengubah dari kebiasaanya.
  • Bermimpi kopiah yang dipakai ketuanya cacat atau kekurangan.Takwilnya ketuanya menjalankan sariat Islam dengan kurang sempurna.
  • Bermimpi ada kotoran atau najis pada kopiahnya.Takwilnya dia telah melakukan dosa.
  • Jika perempuan (bujang atau janda) bermimpi memakai kopiah.Takwilnya dia akan berkahwin.
  • Jika perempuan (hamil) memakai kopiah.Takwilnya dia akan melahirkan anak lelaki.

* Segala takwil ini hanyalah datangnya dari manusia biasa. Hanya Allah SWT Yang Maha Menentukan segalanya.

Mimpi Tentang Serban

Menurut Ibnu Sirin serban merupakan mahkota bagi orang-orang Arab. Maka dia menafsirkan sebagai kekuasaan seseorang atau kepimpinan seseorang.

  • Mimpi melilitkan serban di kepala.Takwilnya ialah dia akan bermusafir atau juga dia akan mendapat kebaikan.
  • Mimpi serbannya bersambung dengan serban orang lain. Takwilnya ialah menunjukkan kekuasaannya akan semakin meluas
  • Mimpi seolah-olah memakai serban dari kain sutera. Takwilnya ialah kekuasaannya yang menyalahi aturan agama atau ditakwil sebagai harta yang haram.
  • Mimpi memakai serban dari kain wol. Takwilnya ialah dia akan mendapat kekuasaan yang digunakan untuk kebaikan dunia dan agamanya.
  • Mimpi melihat kainnya dari campuran wol dengan sutera.Takwilnya ialah dia akan mendapat kekayaan.
Nabi Ishak a.s pernah bermimpi bahawa serbannya tertanggal, kemudian selepas itu isterinya hilang. Kemudian dia bermimpi lagi serbannya dikembalikan orang kepadanya. Nabi Ishak menafsirkan mimpinya itu sebagai kepulangan isterinya. Ternyata benar isterinya yang hilang itu dijumpai semula.

Abu Muslim al-Khurasaniy brmimpi seolah-olah Rasulullah S.A.W memasangkan serban merah di kepalanya dengan 22 lilit. Lalu diceritakan mimpinya kepada seorang ahl takwil dan ahli takwil itu berkata " Bererti engkau akan memerintah satu negeri selama 22 tahun dengan kepimpinan yang penuh kezaliman." Mimpinya itu menjadi kenyataan.